Akademik & Kurikulum

Rangka pendidikan bersepadu yang menggabungkan hafazan 30 Juzuk, asas akademik dan latihan kemahiran TVET.

Sistem Bersepadu

Pendidikan Bersepadu: Tahfiz, Akademik & Kemahiran

Model pendidikan yang dirangka menyeimbangkan kekuatan rohani, asas akademik dan kemahiran praktikal.

Program Tahfiz 30 Juzuk dirancang secara berperingkat sepanjang lima tahun, selari dengan pembelajaran akademik dan modul latihan TVET.

Pelajar Muslimah dibentuk agar mantap hafazan, kukuh sahsiah dan mempunyai kemahiran yang boleh dipasarkan.

Subjek Teras Akademik

Asas akademik yang dirancang merangkumi:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • P. Jasmani & Kesihatan

TVET Pertanian & Kemahiran

Modul kemahiran praktikal untuk membina keupayaan berdikari:

  • Sistem fertigasi & tanaman cili
  • Penanaman buah tin premium
  • Kawalan nutrien & pengurusan air
  • Pengurusan pascapanen & gred hasil
  • Asas produk hiliran (pes cili, jem, puree)
  • Rekod ladang & asas keusahawanan

Subjek Tahfiz & Dini

Sasaran hafazan 30 Juzuk sepanjang lima tahun:

  • Hafazan Al-Quran 30 Juzuk
  • Tajwid
  • Ulum Al-Quran
  • Maharat Al-Quran
  • Qiraat Asas (bila ditawarkan)

Struktur Sistematik

Perancangan Hafazan 30 Juzuk

Pelaksanaan hafazan secara realistik dan berperingkat:

1

Tingkatan 1

6 Juzuk

2

Tingkatan 2

6 Juzuk

3

Tingkatan 3

6 Juzuk

4

Tingkatan 4

6 Juzuk

5

Tingkatan 5

6 Juzuk

Murajaah harian dan imtihan berkala diwajibkan bagi memastikan kualiti hafazan terpelihara.

Penilaian Bersepadu

Pentaksiran & Peperiksaan

Pelajar disasarkan untuk mengambil pentaksiran berikut, tertakluk kepada kelulusan pendaftaran institusi:

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sijil Pelajaran Malaysia Tahfiz (SPMT)
Pentaksiran PAJSK

Status permohonan pendaftaran institusi akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Masa Depan Terjamin

Laluan Selepas Tamat Pengajian

Graduan Tahfiz Al-Quran Perempuan Mujamma’ Hurain mempunyai laluan yang jelas untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi serta menceburi pelbagai bidang profesional.

Laluan Pengajian

  • Universiti Awam
  • Universiti Swasta
  • Maahad Tahfiz peringkat tinggi
  • Kolej & Institut Kemahiran (IKM/ILP)
  • Program Asasi & Diploma

Bidang & Peluang Kerjaya

  • Pengajian Islam & Pendidikan
  • Keusahawanan agro & produk hiliran
  • Pengurusan ladang & rantaian bekalan
  • Kepimpinan komuniti & organisasi

Model pendidikan ini memastikan graduan Muslimah memiliki asas hafazan yang kukuh serta kemahiran praktikal untuk berdikari.